The Official Website of
SALCRA
Sarawak Land Consolidation and Rehabilitation Authority

  • Web Traffic:
  • Today 488
  • |
  • Total 1442423

 

Displaying items by tag: Hari Integriti

[quix id='444' name='PENYERTAAN SALCRA DALAM HARI INTEGRITI DAN PSIKOLOGI PERINGKAT M-FICORD 2025']

15 Julai 2025, Kuching: SALCRA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas jemputan menyertai Hari Integriti dan Psikologi Peringkat Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) 2025, yang telah berlangsung pada 15 Julai 2025 bertempat di Hotel Hilton, Kuching.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak. Antara pengisian utama majlis ialah sesi menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dan bacaan Ikrar IBR yang diketuai oleh Setiausaha Tetap M-FICORD, Datu Sirai Daha, dan disaksikan oleh Timbalan Pesuruhjaya SPRM Sarawak, Encik Hasbilah bin Mohamad Salleh, bersama warga kerja kementerian serta jabatan dan agensi di bawahnya.

Seramai 20 orang warga SALCRA telah berpeluang menyertai program ini yang bukan sahaja menyemarakkan semangat integriti, tetapi juga memperkukuh jalinan kerjasama antara agensi di bawah naungan M-FICORD.

Program yang padat dengan pengisian bermakna ini turut menampilkan pameran bertemakan integriti dan psikologi, serta sesi ceramah inspiratif daripada wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Hospital Sentosa Kuching.

SALCRA komited untuk berganding bahu dengan M-FICORD dalam membina persekitaran kerja yang beretika, telus dan berdaya tahan demi memacu kemajuan organisasi serta meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Integriti Deisemat, Psikologi Diperkuat 

Published in Information
© 2025 Sarawak Land Consolidation & Rehabilitation Authority. All rights reserved.
Visit SALCRA Website : https://www.salcra.gov.my
Contact Us    Copyright Notice    Security    FAQs    Privacy    Terms & Condition    LOGO    Sitemap
Best viewed : ME 97.0+, GG 97.0+ & FF 96.0+ in 1024 x 768 resolution | last update: AUG. 8, 2025